Monday, February 21, 2011

ALONG !

Salam. Kali ni Kechix nak ceritakan pasal 'Along'.. Semua watak yang terlibat dalam kisah ini berpangkat 'Along' dalam keluarga Kechix. Kisah ini agak mengaibkan keluarga, tapi bukan itu niat Kechix sebenarnya. Kechix nak reader jadikan kisah ni sebagai teladan. Jangan lakukan kesilapan yang pernah keluarga Kechix lakukan. Firstly, Kechix kenalkan dulu watak2 yang terlibat dengan kisah ni k. Dimulakan dengan watak utama, Along, abang Kechix yang sulung. 'Rosmah Mansur' iaitu isteri Along yang macam singa (perangai pon ala2 bini PM gitu). 'Kak Zana' iaitu bekas isteri Along. Dan akhir sekali, 'Kakak' iaitu anak pertama 'Along' bersama 'Kak Zana'.

Kisahnya bermula begini, 15 tahun dulu Along diminta oleh Mak untuk berkahwin dengan Rosmah Mansur. Mak sebenarnya tidak suka dengan pilihan Along yang memilih Kak Zana berwarganegara Indonesia sebagai calon isteri. Along dan Kak Zana sudah bercinta selama 5 tahun sebelum Mak membuat permintaan tersebut. Mak jugak telah membuat perjanjian dengan ibu si Rosmah Mansur untuk mengahwinkan mereka sebelum orang lain masuk meminang si Rosmah Mansur ni. Mahu tak mahu, Along terpaksa menerima keputusan Mak memandangkan Mak beria2 benar mahu berbesankan jiran depan rumah tu ( rumah Rosmah Mansur betol2 depan rumah Kechix kat Serting ). Tak lama lepas tu mereka pun berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur. Mereka juga dikurniakan seorang anak sebelum Mak dan Abah meninggal dunia.

Beberapa tahun lepas Mak dan Abah 'pergi', kami dikejutkan dengan berita yang Along sebenarnya mempunyai seorang lagi isteri ( Kak Zana ). Juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan mereka di Indonesia. Rupa-rupanya, Along bertekad jugak nak berkahwin dengan girlfriend nya itu sebulan selepas dia berkahwin dengan si Rosmah Mansur tanpa pengetahuan kami sekeluarga, termasuk arwah Mak dan Abah. Kak Zana mengambil keputusan untuk memunculkan diri di kampung dan menuntut hak sebagai isteri kerana Along tidak memberi nafkah sejurus selepas Along berpindah ke Serting untuk menjaga Kechix dan adik beradik yang lain.

Pertama kali mahu melihat Kak Zana, macam2 persepsi yang keluar di kotak fikiran Kechix. Dia ni Indon, mesti cakap Indon dia pekat, mesti jahat macam pendatang2 asing tu, mesti muka cam Indon pelarian. Macam2 lah. Ternyata persepsi Kechix terhadap Kak Zana, salah. Kak Zana memang baik orangnya. Ramah, lembut, cantik sangat tu tak lah, tapi sikit pun takde rupa Indon! Mungkin sebab dah lama sangat menetap di Malaysia. Cakap pun memang fasih berbahasa melayu. Kak Zana bawa bersama anak pertamanya, Nor Azlina. Kechix panggil Kakak je. Anak2 buah Kechix memang Kechix suka panggil Kakak atau Abang, malas nak ingat nama diorang yang advance2 sangat tu. Itulah pertama kali Kechix jumpa dengan mereka.

Beberapa tahun lepas tu, kami diberitahu yang Along dah pun menceraikan Kak Zana dengan talak dua. Paling menyakitkan hati, Si Rosmah Mansur boleh pulak tinggalkan 'hantu' kat rumah Kak Zana. Apa le setan nya perangai dia. Kak Zana pun buat tak tahu jelah, berubat macam biasa, Alhamdulillah ok. Ingatkan settle lah masalah diorang kat situ, tapi tak jugak rupanya. Dua tahun lepas, Kak Zana dan anak2 nya ditahan pihak polis kerana ada yang melaporkan Kak Zana menggunakan Kad Pengenalan palsu untuk menetap di Malaysia. Kakak yang ketika itu bersekolah darjah lima turut diberhentikan kerana memiliki sijil kelahiran palsu. Mereka ditahan reman. Bayangkanlah kanak2 macam Kakak hidup di rumah tahanan bersama penjenayah2. Tak sepatutnya life Kakak jadi macam tu. Yang Along pulak sikit pun tak membantu kerana dia dah kena 'Queen Control' oleh Rosmah Mansur. Along dah tak pakai handphone, Along tak boleh keluar ke mana2 tanpa ditemani Rosmah Mansur. Along betul2 dah tak boleh buat apa2! Tiga bulan Kakak merengkot dalam rumah tahanan tu. Surat2 imigresen yang di hantar ke Serting pon, disorokkan oleh Rosmah Mansur. Sampai satu tahap, pihak polis nak mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap Along yang tidak bertanggungjawab ke atas anak-anaknya.

Mujur Kokya ( kakak Kechix ) sudi membantu. Sebagai waris, kami boleh lepaskan mereka. Sekarang Kak Zana hidup seperti biasa, menggunakan visa untuk menetap di Malaysia. Memiliki suami baru dan dikurniakan dua orang anak. Jauh disudut hati Kak Zana, Kechix tahu dia masih sayangkan Along. Cinta pertamalah katakan. Minggu lepas, Kechix ajak Landax melawat Kak Zana sekeluarga. Bahagia nampaknya mereka. Kak Zana pun makin berisi! Tapi kakak, masih tak bersekolah. Kakak perlu memiliki kad pengenalan diri memandangkan umurnya dah menjangkau 13 tahun. Kakak pun tak sempat menduduki peperiksaan UPSR. Hidup Kakak hanya membantu Kak Zana buat kuih untuk menyara kehidupan mereka. Kakak bangun setiap 2.30 pagi untuk mula buat kuih. Tengah malam baru Kakak dapat tidur. Tak sepatutnya hidup Kakak jadi macam tu. Oleh itu, Kokya ambil keputusan untuk membantu. Ulang alik Melaka-Serting untuk menguruskan pengenalan diri Kakak. Procedure untuk memiliki sekeping kad untuk Kakak amatlah susah. Pihak pengurusan tak dapat mengenal pasti yang Kakak berwarganegara Indonesia atau Malaysia.  Along pulak tak dapat membantu disebabkan Si Rosmah Mansur yang begok tu ! Memang kakak dilahirkan di Malaysia, tapi setelah apa yang dilakukan oleh Kak Zana, procedure menjadi susah.

Sampai sekarang pun, perkara ni masih tak selesai. Moralnya kat sini, Along tak sepatutnya buat Kak Zana macam ni. Apa yang Kechix nampak, hidup Along seperti tak diberkati. Ada je masalah yang bertimpa2. Selalu sangat masalah kekurangan duit melanda. Apa yang Kechix harapkan, semoga pintu hati Along dan Rosmah Mansur dibuka oleh Allah untuk membantu Kak Zana dan anak2 nya. Semoga Kak Zana dan Kakak terus tabah menjalani kehidupan di dunia. Amin.

No comments:

Post a Comment