Sebelum Mak pergi dulu, ada beberapa tanda yang Mak tinggalkan untuk Kechix kenang. Kanak2 8 tahun, apa sangatlah yang Kechix faham.
"Mak .. berapa umur mak tahun ni ?.."
"50 tahun dah dik .."
"Abah plak mak ?.."
"Abah kau 55 .."
"Oh.. Maknanya abah tua lima tahun lah dari mak ya.."
Itulah perbualan terakhir yang Kechix ingat antara Kechix dan Mak.. Rupanya, Allah nak beri petunjuk supaya Kechix ingat pada umur berapa Mak meninggalkan Kechik. Pada tahun tu jugak, Mak belikan Kechix baju kembang baru, macam2 baru.. Sampai abang Kechix pun jealous. Kechix memang yang paling manja dengan Mak. Kalau abang nak mintak duit beli jajan dari Mak pun, mesti abang buat baik dengan Kechix. Nanti Kechix lah yang kena bodek mak bagi 50sen. Hmm.. Rindunya saat tu ..
"Miza, kodak kau tu boleh ambik gambar lagi tak?"
"Boleh, mak. Mak nak ambik gambar ke?"
"Apa kata kau amik gambar mak kat dalam rumah ni. Rumah atas, rumah bawah, setiap sudutlah."
"Ok, boleh !"
"Mak tukar baju cantik2 kejap."
...
"Mak! Adik nak jugak!"
"Dah, cepat2 tukar baju.."
Mak suruh Kak Miza kakak Kechix no.2 ambik kan gambar dia. Apa maknanya tu? Kechix pun mengendenglah nak ambik gambar jugak. Mak posing kat setiap sudut rumah. Adalah dalam 4, 5 keping gambar Mak sorang je .. 2 keping gambar Kechix dengan Mak. Rupanya, itulah kali terakhir Mak nak bergambar dirumahnya. Kechix pun tak tahu sapa yang simpan gambar2 tu sekarang. Kokya kot.. Tak pun dalam album Along.. Em.. Rindulah Mak..
"Mak ! Nak ikut .."
"Ala, mak nak pergi melawat orang meninggal kejap kat kampung. Petang nanti mak balik ya."
"Yelah, yelah.. Jangan lambat tau."
Mak.. Orang menyesal tak ikut Mak masa tu.. Kalau tak, mesti orang dah bersama Mak di sisi Allah sekarang. Kalaulah orang tau Mak dengan Abah akan kena langgar lori petang tu, orang xkan lepaskan Mak balik kampung.. Mak tak pernah tinggalkan orang kat rumah walaupun kita bertiga naik motor je. Kenapa hari tu Mak tinggalkan orang.. Rupanya Mak memang nak pergi jauh.. Sampai hati Mak..
Friday, February 11, 2011
Doa Kechix Tetap Untuk Mak dan Abah
Sebagai mukadimah, salam sukaduka buat semua. Untuk entry pertama, tak banyak yang Kechix nak katakan. Nak edit layout pun terkontang-kanting lagi ni. Seperti yang Kechix nyatakan, blog ini tercipta sebagai tempat Kechix meluahkan perasaan. Berkongsi suka duka yang Kechix lalui sendirian. Niat hati tak nak langsung ada follower. Malu, sebab apa yang akan Kechix luahkan hari2 lebih kepada mengenai diri sendiri. Jangan tanya kenapa tak tulis dalam diary book je. Sebab Kechix bukanlah seorang yang suka menulis. Kalau memang ada diary book pun, Kechix letak merata-rata. Serupa takde.
Untuk kisah pertama, Kechix nak ceritakan apa yang berlaku sepanjang 19tahun dulu. Bermula dengan kisah Ayahanda Md Said dan Bonda Rabiah. Seawal umur 8 tahun, Kechix dah kehilangan kedua-duanya. Mereka menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya di Jasin, Melaka. Arwah Abah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian, manakala Mak menghembuskan nafas terakhir selepas 44 hari berada di Hospital Muar. Pada mulanya, Mak memang ada harapan untuk hidup lebih lama. Tapi lepas dia dapat tahu yang arwah abah dah meninggalkan kami sekeluarga, dia memilih untuk bersama Abah, bukan kami 8 beradik. Mak sebenarnya hilang ingatan kerana kemalangan itu. Beberapa hari selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dia dipindahkan ke wad sakit biasa kerana mak dah sedar dari koma beberapa hari. Mak tak tahu langsung apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia tak ingat yang dia berada di mana. Dia tak kenal saudara mara. Paling menyayat hati, dia bertanyakan Abah. Dia tak tahu Abah dah takde. Apa yang kami mampu, adalah menipu.
"Mana abah kau ni.."
"Abah tak sempat datang Mak. Dia pergi kebun."
"Sampai hati Abah kau tak nak tengok mak."
Apa daya kami Ya Allah. Kami tak nak Mak bersedih selepas apa yang berlaku ke atas dirinya. Kaki kiri Mak patah tiga, tulang peha kanan Mak retak, tumit Mak pecah sampai nampak isi, dahi Mak berjahit. Apa lagi yang kami nak katakan kalau keadaan Mak pun dah menyedihkan.
Sebulan kemudian, selepas pasti yang mak dah agak sehat, Mak Long ambil keputusan untuk berterus terang. Tak daya lagi nak menipu.
"Yah, kalau aku cakap ni, kau sabar ye."
"Apa dia kak.."
"Said sebenarnya dah tak ada. Dah sebulan dia meninggal."
Mak diam tanpa kata. Dia termenung. Riak sedih tak, suka lagilah tak. Mak takda respond. Kechix pun tak sure apa yang berlaku sebab masa tu Kechix dah pergi sekolah macam biasa. Mengharapkan yang Mak makin sehat di hospital tu.
Beberapa hari lepas Mak Long berterus terang, Mak dikejarkan semula ke ICU. Kami adik beradik kat Serting, bergegas kemas barang terus melawat mak. Perasaan kanak2 macam Kechix, hanya tuhan saja yang faham. Jam pun dah menunjukkan pukul satu masa tu. Nenek Kechix dan saudara mara lain dah baring tidur di ruang menunggu ICU. Kechix dibenarkan masuk kerana mempunyai hubungan keluarga yang rapat. Yelah, anak kan.. Kanak2 sepatutnya memang tak dibenarkan masuk ke ICU. Masuk2 je, nampak wayar berselirat kat kat tepi katil. Sayu hati melihat Mak kembali mengenakan pelbagai tube dan wayar disekeliling badan. Padahal pada mulanya, Mak memang dah sehat. Kokya, kakak pertama Kechix, bacakan Yassin untuk Mak. Kechix tengok wajah Mak, sugul je. Kechix sentuh tangan Mak yang kasar. Sejuk. Muka Mak pucat betul .. Mak bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Kechix genggam tangan Mak, kalau boleh, tak nak lepaskan. Tapi apakan daya. Tepat jam 1.40 a.m., 9 May 1999, Mak menhembuskan nafas terakhir .. Mak, Mak tahu tak esok hari apa .. Esok Hari Ibu Mak .. Nape Mak pergi jugak ..
Jenazah Mak dibawa pulang esok harinya. Kechix bacakan Yassin untuk Mak. Yang peliknya, Kechix ada kekuatan untuk lakukan semua tu. Ahhh, apa sangatla yang kanak2 macam Kechix ni tahu. Kechix tolong mandikan Mak, sabunkan Mak .. Cuci badan Mak .. Lagi menyayat hati, pihak hospital tak jahit kaki Mak lepas keluarkan besi. Mesti tubuh Mak seksa kan Mak.. Saya mintak ampun Mak .. Kalau lah saya dah besar masa tu, saya saman pihak hospital sebab buat Mak macam tu..
Lepas Mak dikapankan, Kechix dan adik beradik lain diminta cium dahi Mak untuk kali terakhir. Masa tu, dah takda air mata lagi nak dititiskan. Kechix bagaikan rela dengan pemergian Mak. Sampai sekarang pun, Kechix tak pernah meratap pemergian Mak. Kalau Allah lebih sayangkan Mak, Kechix tak kesah ..
Tahun ni, adalah tahun ke 12 Mak dan Abah pergi menghadap Ilahi. Kesan dari peninggalan Mak terhadap Kechix, Kechix dah tak mampu menanggung rasa ditinggalkan lagi. Melihat 'si dia' bersama wanita lain pun, dah cukup membimbangkan Kechix takut ditinggalkan.
Tolong Kechix sama2 mendoakan kesejahteraan Mak dan Abah kat atas sana. Amin ...

Subscribe to:
Posts (Atom)