Salam. Kali ni Kechix nak ceritakan pasal 'Along'.. Semua watak yang terlibat dalam kisah ini berpangkat 'Along' dalam keluarga Kechix. Kisah ini agak mengaibkan keluarga, tapi bukan itu niat Kechix sebenarnya. Kechix nak reader jadikan kisah ni sebagai teladan. Jangan lakukan kesilapan yang pernah keluarga Kechix lakukan. Firstly, Kechix kenalkan dulu watak2 yang terlibat dengan kisah ni k. Dimulakan dengan watak utama, Along, abang Kechix yang sulung. 'Rosmah Mansur' iaitu isteri Along yang macam singa (perangai pon ala2 bini PM gitu). 'Kak Zana' iaitu bekas isteri Along. Dan akhir sekali, 'Kakak' iaitu anak pertama 'Along' bersama 'Kak Zana'.
Kisahnya bermula begini, 15 tahun dulu Along diminta oleh Mak untuk berkahwin dengan Rosmah Mansur. Mak sebenarnya tidak suka dengan pilihan Along yang memilih Kak Zana berwarganegara Indonesia sebagai calon isteri. Along dan Kak Zana sudah bercinta selama 5 tahun sebelum Mak membuat permintaan tersebut. Mak jugak telah membuat perjanjian dengan ibu si Rosmah Mansur untuk mengahwinkan mereka sebelum orang lain masuk meminang si Rosmah Mansur ni. Mahu tak mahu, Along terpaksa menerima keputusan Mak memandangkan Mak beria2 benar mahu berbesankan jiran depan rumah tu ( rumah Rosmah Mansur betol2 depan rumah Kechix kat Serting ). Tak lama lepas tu mereka pun berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur. Mereka juga dikurniakan seorang anak sebelum Mak dan Abah meninggal dunia.
Beberapa tahun lepas Mak dan Abah 'pergi', kami dikejutkan dengan berita yang Along sebenarnya mempunyai seorang lagi isteri ( Kak Zana ). Juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan mereka di Indonesia. Rupa-rupanya, Along bertekad jugak nak berkahwin dengan girlfriend nya itu sebulan selepas dia berkahwin dengan si Rosmah Mansur tanpa pengetahuan kami sekeluarga, termasuk arwah Mak dan Abah. Kak Zana mengambil keputusan untuk memunculkan diri di kampung dan menuntut hak sebagai isteri kerana Along tidak memberi nafkah sejurus selepas Along berpindah ke Serting untuk menjaga Kechix dan adik beradik yang lain.
Pertama kali mahu melihat Kak Zana, macam2 persepsi yang keluar di kotak fikiran Kechix. Dia ni Indon, mesti cakap Indon dia pekat, mesti jahat macam pendatang2 asing tu, mesti muka cam Indon pelarian. Macam2 lah. Ternyata persepsi Kechix terhadap Kak Zana, salah. Kak Zana memang baik orangnya. Ramah, lembut, cantik sangat tu tak lah, tapi sikit pun takde rupa Indon! Mungkin sebab dah lama sangat menetap di Malaysia. Cakap pun memang fasih berbahasa melayu. Kak Zana bawa bersama anak pertamanya, Nor Azlina. Kechix panggil Kakak je. Anak2 buah Kechix memang Kechix suka panggil Kakak atau Abang, malas nak ingat nama diorang yang advance2 sangat tu. Itulah pertama kali Kechix jumpa dengan mereka.
Beberapa tahun lepas tu, kami diberitahu yang Along dah pun menceraikan Kak Zana dengan talak dua. Paling menyakitkan hati, Si Rosmah Mansur boleh pulak tinggalkan 'hantu' kat rumah Kak Zana. Apa le setan nya perangai dia. Kak Zana pun buat tak tahu jelah, berubat macam biasa, Alhamdulillah ok. Ingatkan settle lah masalah diorang kat situ, tapi tak jugak rupanya. Dua tahun lepas, Kak Zana dan anak2 nya ditahan pihak polis kerana ada yang melaporkan Kak Zana menggunakan Kad Pengenalan palsu untuk menetap di Malaysia. Kakak yang ketika itu bersekolah darjah lima turut diberhentikan kerana memiliki sijil kelahiran palsu. Mereka ditahan reman. Bayangkanlah kanak2 macam Kakak hidup di rumah tahanan bersama penjenayah2. Tak sepatutnya life Kakak jadi macam tu. Yang Along pulak sikit pun tak membantu kerana dia dah kena 'Queen Control' oleh Rosmah Mansur. Along dah tak pakai handphone, Along tak boleh keluar ke mana2 tanpa ditemani Rosmah Mansur. Along betul2 dah tak boleh buat apa2! Tiga bulan Kakak merengkot dalam rumah tahanan tu. Surat2 imigresen yang di hantar ke Serting pon, disorokkan oleh Rosmah Mansur. Sampai satu tahap, pihak polis nak mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap Along yang tidak bertanggungjawab ke atas anak-anaknya.
Mujur Kokya ( kakak Kechix ) sudi membantu. Sebagai waris, kami boleh lepaskan mereka. Sekarang Kak Zana hidup seperti biasa, menggunakan visa untuk menetap di Malaysia. Memiliki suami baru dan dikurniakan dua orang anak. Jauh disudut hati Kak Zana, Kechix tahu dia masih sayangkan Along. Cinta pertamalah katakan. Minggu lepas, Kechix ajak Landax melawat Kak Zana sekeluarga. Bahagia nampaknya mereka. Kak Zana pun makin berisi! Tapi kakak, masih tak bersekolah. Kakak perlu memiliki kad pengenalan diri memandangkan umurnya dah menjangkau 13 tahun. Kakak pun tak sempat menduduki peperiksaan UPSR. Hidup Kakak hanya membantu Kak Zana buat kuih untuk menyara kehidupan mereka. Kakak bangun setiap 2.30 pagi untuk mula buat kuih. Tengah malam baru Kakak dapat tidur. Tak sepatutnya hidup Kakak jadi macam tu. Oleh itu, Kokya ambil keputusan untuk membantu. Ulang alik Melaka-Serting untuk menguruskan pengenalan diri Kakak. Procedure untuk memiliki sekeping kad untuk Kakak amatlah susah. Pihak pengurusan tak dapat mengenal pasti yang Kakak berwarganegara Indonesia atau Malaysia. Along pulak tak dapat membantu disebabkan Si Rosmah Mansur yang begok tu ! Memang kakak dilahirkan di Malaysia, tapi setelah apa yang dilakukan oleh Kak Zana, procedure menjadi susah.
Sampai sekarang pun, perkara ni masih tak selesai. Moralnya kat sini, Along tak sepatutnya buat Kak Zana macam ni. Apa yang Kechix nampak, hidup Along seperti tak diberkati. Ada je masalah yang bertimpa2. Selalu sangat masalah kekurangan duit melanda. Apa yang Kechix harapkan, semoga pintu hati Along dan Rosmah Mansur dibuka oleh Allah untuk membantu Kak Zana dan anak2 nya. Semoga Kak Zana dan Kakak terus tabah menjalani kehidupan di dunia. Amin.
Monday, February 21, 2011
Thursday, February 17, 2011
Si Landax Yang Berduri Tumpul
Setiap hari bila bangun pagi, mesti Kechix teringatkan Landax. Kekasih hatilah katakan.. Tiap masa pun teringatkan dia. hehe.. Sayang kau lah Landax. Macam Kechix pernah cakap, blog ni tempat Kechix meluahkan perasaan.. Tapi kali ni macam tengah happy siket, so kita cerita serba sedikitlah mengenai 'kesukaan' Kechix yang satu ni ya. =)
Tapi sebelum tu, kita kenal dulu apa maksud 'landak' tu sendiri yang buatkan si Landax begitu minat dengan dengan nama haiwan ini. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Ia juga dikenali sebagai 'porcupine' dalam Bahasa Inggeris yang terdiri dari dua perkataan yang beerti BABI berduri. Kira mix la ni.. Tu sebab encik Landax kita suka nama tu kot? =)
Secara amnya, landak mempunyai bulu keras di seluruh bahagian atas badan mereka. Duri landak ni jugak merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Laa.. Dah ada duri pun takut jugak? Penakut jugak landak ni ye.. Eh, macam kena je dengan ciri2 Si Landax Kechix ni? huhuu..
Ok lah, enough about landak, now kita cerita plak pasal Landax kesayangan Kechix ni k.. Nama diberi Muhammad Farhan bin Suparman. Kadang2 Kechix suka panggil dia 'AN' sebab nampak manja dan comel.. Tapi tak biasa katanya, yelah, kekasih kenalah panggil dengan panggilan sayang, honey, baby, darling pe sume tu kan? Tapi tak kan depan ibu dia pun nak panggil cam tu. Malulah. Kang ibu dia kata menggelabah plak.. Landax2.. =)
Landax ni jugak seorang yang sangat manja dengan Kechix. Tak tahu lah pulak kalau dia ada manja ngan suma orang jugak kan (nanti kau Landax). Suma benda pun kalau boleh nak Kechix buatkan. Potongkan kuku.. Bukan tangan je, kaki sekali tau. Lapkan peluh.. Tau je lah Si Landax ni kan, time makan pun macam lari Maraton. Urutkan badan.. Tapi kadang2 Kechix malas. Yelah, mau xsakit tangan nak tekan lemak2 badan dia yang tebal tu. Tekan siket kang xsampai ke tulang pulak. huhuu.. Tiap2 hari jugak, Kechix yang kena call dia, kejut pegi kelas. Kalau tak, tak bangun. pastu ponteng kelas. Alasan, tak kejutkan dia. Hampeh tol.
Hm, apa yang paling Kechix suka tentang Landax nii adalah, sebab dia kacak. haha. Bukan2. Sebab dia seorang yang funny. Kelakar. Pandai menghiburkan Kechix. Lepas tu ada je trademark kelakar yang dia bawak balik dari rumah sewa. Duduk serumah ngan budak2 gila, memang macam tu. =) Tapi Kechix suka. Asalkan dia bahagia. Yelah, dia je lah yang mampu menggembirakan hati Kechix ni. Family jauh2..
Landax jugak seorang yang berhati macam ais! Keras, tapi mudah cair. Kalau dia marah pun, kejap je ok. Tapi jaranglah nak tengok dia marah2. Macam tak sesuai je dengan gelaran Landax tu kan. huhu.. Kechix ni je selalu mengamuk kat dia. hehe .. Thanx Landax sebab sabar dengan Kechix yang jahat ni.

ok lah, ni serba sedikit gambar landak yang Kechix dapat selitkan. Enjoy :))
"porcupine"
hehe.. sama macam Landax. Comel dan x tajam :))
Ni lagi satu perangai dia, suka sangat main game. Kalau dah start tu, jangan harap lah dia nak layan Kechix.
Apa2 pun, Kechix memang sayang Landax walau apa pun yang terjadi. Hidup Kechix ternyata hanya untuk dia. Pernah cuba membuang dia jauh dari hati, tapi ternyata Kechix tak mampu. Love him sooooo much :))
Friday, February 11, 2011
Tanda-tanda Sebelum Sampainya Waktu Untuk Mak
Sebelum Mak pergi dulu, ada beberapa tanda yang Mak tinggalkan untuk Kechix kenang. Kanak2 8 tahun, apa sangatlah yang Kechix faham.
"Mak .. berapa umur mak tahun ni ?.."
"50 tahun dah dik .."
"Abah plak mak ?.."
"Abah kau 55 .."
"Oh.. Maknanya abah tua lima tahun lah dari mak ya.."
Itulah perbualan terakhir yang Kechix ingat antara Kechix dan Mak.. Rupanya, Allah nak beri petunjuk supaya Kechix ingat pada umur berapa Mak meninggalkan Kechik. Pada tahun tu jugak, Mak belikan Kechix baju kembang baru, macam2 baru.. Sampai abang Kechix pun jealous. Kechix memang yang paling manja dengan Mak. Kalau abang nak mintak duit beli jajan dari Mak pun, mesti abang buat baik dengan Kechix. Nanti Kechix lah yang kena bodek mak bagi 50sen. Hmm.. Rindunya saat tu ..
"Miza, kodak kau tu boleh ambik gambar lagi tak?"
"Boleh, mak. Mak nak ambik gambar ke?"
"Apa kata kau amik gambar mak kat dalam rumah ni. Rumah atas, rumah bawah, setiap sudutlah."
"Ok, boleh !"
"Mak tukar baju cantik2 kejap."
...
"Mak! Adik nak jugak!"
"Dah, cepat2 tukar baju.."
Mak suruh Kak Miza kakak Kechix no.2 ambik kan gambar dia. Apa maknanya tu? Kechix pun mengendenglah nak ambik gambar jugak. Mak posing kat setiap sudut rumah. Adalah dalam 4, 5 keping gambar Mak sorang je .. 2 keping gambar Kechix dengan Mak. Rupanya, itulah kali terakhir Mak nak bergambar dirumahnya. Kechix pun tak tahu sapa yang simpan gambar2 tu sekarang. Kokya kot.. Tak pun dalam album Along.. Em.. Rindulah Mak..
"Mak ! Nak ikut .."
"Ala, mak nak pergi melawat orang meninggal kejap kat kampung. Petang nanti mak balik ya."
"Yelah, yelah.. Jangan lambat tau."
Mak.. Orang menyesal tak ikut Mak masa tu.. Kalau tak, mesti orang dah bersama Mak di sisi Allah sekarang. Kalaulah orang tau Mak dengan Abah akan kena langgar lori petang tu, orang xkan lepaskan Mak balik kampung.. Mak tak pernah tinggalkan orang kat rumah walaupun kita bertiga naik motor je. Kenapa hari tu Mak tinggalkan orang.. Rupanya Mak memang nak pergi jauh.. Sampai hati Mak..

Doa Kechix Tetap Untuk Mak dan Abah
Sebagai mukadimah, salam sukaduka buat semua. Untuk entry pertama, tak banyak yang Kechix nak katakan. Nak edit layout pun terkontang-kanting lagi ni. Seperti yang Kechix nyatakan, blog ini tercipta sebagai tempat Kechix meluahkan perasaan. Berkongsi suka duka yang Kechix lalui sendirian. Niat hati tak nak langsung ada follower. Malu, sebab apa yang akan Kechix luahkan hari2 lebih kepada mengenai diri sendiri. Jangan tanya kenapa tak tulis dalam diary book je. Sebab Kechix bukanlah seorang yang suka menulis. Kalau memang ada diary book pun, Kechix letak merata-rata. Serupa takde.
Untuk kisah pertama, Kechix nak ceritakan apa yang berlaku sepanjang 19tahun dulu. Bermula dengan kisah Ayahanda Md Said dan Bonda Rabiah. Seawal umur 8 tahun, Kechix dah kehilangan kedua-duanya. Mereka menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya di Jasin, Melaka. Arwah Abah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian, manakala Mak menghembuskan nafas terakhir selepas 44 hari berada di Hospital Muar. Pada mulanya, Mak memang ada harapan untuk hidup lebih lama. Tapi lepas dia dapat tahu yang arwah abah dah meninggalkan kami sekeluarga, dia memilih untuk bersama Abah, bukan kami 8 beradik. Mak sebenarnya hilang ingatan kerana kemalangan itu. Beberapa hari selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dia dipindahkan ke wad sakit biasa kerana mak dah sedar dari koma beberapa hari. Mak tak tahu langsung apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia tak ingat yang dia berada di mana. Dia tak kenal saudara mara. Paling menyayat hati, dia bertanyakan Abah. Dia tak tahu Abah dah takde. Apa yang kami mampu, adalah menipu.
"Mana abah kau ni.."
"Abah tak sempat datang Mak. Dia pergi kebun."
"Sampai hati Abah kau tak nak tengok mak."
Apa daya kami Ya Allah. Kami tak nak Mak bersedih selepas apa yang berlaku ke atas dirinya. Kaki kiri Mak patah tiga, tulang peha kanan Mak retak, tumit Mak pecah sampai nampak isi, dahi Mak berjahit. Apa lagi yang kami nak katakan kalau keadaan Mak pun dah menyedihkan.
Sebulan kemudian, selepas pasti yang mak dah agak sehat, Mak Long ambil keputusan untuk berterus terang. Tak daya lagi nak menipu.
"Yah, kalau aku cakap ni, kau sabar ye."
"Apa dia kak.."
"Said sebenarnya dah tak ada. Dah sebulan dia meninggal."
Mak diam tanpa kata. Dia termenung. Riak sedih tak, suka lagilah tak. Mak takda respond. Kechix pun tak sure apa yang berlaku sebab masa tu Kechix dah pergi sekolah macam biasa. Mengharapkan yang Mak makin sehat di hospital tu.
Beberapa hari lepas Mak Long berterus terang, Mak dikejarkan semula ke ICU. Kami adik beradik kat Serting, bergegas kemas barang terus melawat mak. Perasaan kanak2 macam Kechix, hanya tuhan saja yang faham. Jam pun dah menunjukkan pukul satu masa tu. Nenek Kechix dan saudara mara lain dah baring tidur di ruang menunggu ICU. Kechix dibenarkan masuk kerana mempunyai hubungan keluarga yang rapat. Yelah, anak kan.. Kanak2 sepatutnya memang tak dibenarkan masuk ke ICU. Masuk2 je, nampak wayar berselirat kat kat tepi katil. Sayu hati melihat Mak kembali mengenakan pelbagai tube dan wayar disekeliling badan. Padahal pada mulanya, Mak memang dah sehat. Kokya, kakak pertama Kechix, bacakan Yassin untuk Mak. Kechix tengok wajah Mak, sugul je. Kechix sentuh tangan Mak yang kasar. Sejuk. Muka Mak pucat betul .. Mak bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Kechix genggam tangan Mak, kalau boleh, tak nak lepaskan. Tapi apakan daya. Tepat jam 1.40 a.m., 9 May 1999, Mak menhembuskan nafas terakhir .. Mak, Mak tahu tak esok hari apa .. Esok Hari Ibu Mak .. Nape Mak pergi jugak ..
Jenazah Mak dibawa pulang esok harinya. Kechix bacakan Yassin untuk Mak. Yang peliknya, Kechix ada kekuatan untuk lakukan semua tu. Ahhh, apa sangatla yang kanak2 macam Kechix ni tahu. Kechix tolong mandikan Mak, sabunkan Mak .. Cuci badan Mak .. Lagi menyayat hati, pihak hospital tak jahit kaki Mak lepas keluarkan besi. Mesti tubuh Mak seksa kan Mak.. Saya mintak ampun Mak .. Kalau lah saya dah besar masa tu, saya saman pihak hospital sebab buat Mak macam tu..
Lepas Mak dikapankan, Kechix dan adik beradik lain diminta cium dahi Mak untuk kali terakhir. Masa tu, dah takda air mata lagi nak dititiskan. Kechix bagaikan rela dengan pemergian Mak. Sampai sekarang pun, Kechix tak pernah meratap pemergian Mak. Kalau Allah lebih sayangkan Mak, Kechix tak kesah ..
Tahun ni, adalah tahun ke 12 Mak dan Abah pergi menghadap Ilahi. Kesan dari peninggalan Mak terhadap Kechix, Kechix dah tak mampu menanggung rasa ditinggalkan lagi. Melihat 'si dia' bersama wanita lain pun, dah cukup membimbangkan Kechix takut ditinggalkan.
Tolong Kechix sama2 mendoakan kesejahteraan Mak dan Abah kat atas sana. Amin ...

Subscribe to:
Posts (Atom)